ANWAR BUKTIKAN BELIAU MASIH TIADA NOMBOR

 


KEPUTUSAN pungutan suara akuan bersumpah (SD atau Statutory Declaration) daripada ahli-ahli Parlimen ke atas siapa calon Perdana Menteri (PM) yang mereka kehendaki mendapati Anwar Ibrahim masih lagi “kehilangan punca”.

Ini bukan pertama kali. Anwar sebelum ini menjaja ke seluruh negara, sehingga mengganggu-gugat kestabilan negara mendakwa beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Namun, sehingga pungutan suara SD berakhir jam 4 petang ini (18 Ogos) di Istana Negara, beliau dikatakan masih gagal mendapatkan cukup majoriti bagi membentuk kerajaan dan mencalonkan dirinya sebagai PM ke-9.

BebasNews difahamkan jumlah pungutan suara adalah seperti berikut:

Ismail Sabri memperoleh 114 SD.

PPBM 31, Pas 18, UMNO 37, MCA 2, MIC 1, GPS 18, Bebas 4, PBRS 1, PBS 1, STAR 1 (114 SD)

Anwar Ibrahim memperoleh 92 SD.

PKR 35, DAP 42, PAN 11, Bebas 2, PSB 2 (92 SD).

Yang tidak menghantar SD ialah 13 ahli Parlimen. Iaitu Pejuang 4, Warisan 8 dan UPKO 1 (13 SD).

Manakala, Tengku Razaleigh Hamzah dari UMNO mencalonkan nama beliau sendiri.

Yang menghairankan mengapa parti Warisan Sabah yang dikatakan bersama Anwar tidak memberikan sebarang undi kepada beliau?

Difahamkan, Warisan dan Pejuang dikatakan seperti mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang undi kepada Anwar mahupun Ismail.

Para pemerhati politik memperkatakan adakah Anwar sekali lagi dipermain-mainkan oleh rakan-rakan beliau dalam gagasan pembangkang?

“Adakah beliau dikencing sekali lagi?,” kata seorang penganalisis politik.

Mereka juga berharap episod seperti ini dapat dihentikan di masa-masa akan datang bagi memastikan negara kita ini terus dapat menjana kemajuan dan kesejahteraan - BebasNews

Comments