SPEAKER DEWAN RAKYAT NAFI SEKAT AHLI PARLIMEN TUKAR POSISI BLOK BEBAS

 

Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita tersebut

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita milik PAN yang sememangnya kerap melakukan berita-berita tidak tepat atau fitnah dengan mengatakan bahawa beliau ada menerima surat permintaan daripada empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan menyifatkan ia satu pembohongan dan fitnah terhadapnya.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan berita berkenaan dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada Ahli Parlimen berkenaan.

Di sini terbukti jelas menunjukkan laporan media Malaysia Dateline ternyata tidak tepat dan cuba membuat Fitnah terhadap speaker dewan rakyat.

Comments