1. Sebagai penjawat awam, saya telah melalui pentadbiran lima Perdana Menteri di Putrajaya. Ia suatu peluang yang menguja kerana saya datang dari negeri miskin dan keluarga miskin tetapi sentiasa berazam untuk memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
10. Saya
percaya perkara itu berlaku kerana TSMY telah melalui pahit maung politik yang
panjang. Saya masih ingat bagaimana TSMY semasa menjadi pegawai Bank di Johor
pada tahun 1970an telah membantu TS Syed Mokhtar AlBukhary mengembangkan
bisnesnya dalam perladangan dan peruncitan. Hari ini TSSMA sudah sangat berjaya
dan menjadi salah seorang individu Melayu terkaya di Malaysia.
11. Berdasarkan
pengalaman saya, selepas kita berjaya melepasi pandemik Covid-19 inshaallah
pada bulan September dan Oktober ini, saya lihat TSMY akan mampu memacu negara
dan rakyat Malaysia ke arah yang lebih baik. Wawasan itu ada dalam Wawasan
Kesemakmuran Bersama 2030 yang saya lihat lebih komprehensif berbanding Wawasan
2020.
12. Saya
seorang penjawat awam, saya berkhidmat kepada semua Perdana Menteri di atas,
saya tidak pernah bertemu PM TSMY tetapi saya bekerja tanpa PM mengetahui siapa
saya.
13. Akhir
sekali, satu perbezaan yang ketara ialah TSMY dikelilingi ramai para intelektual
dalam negeri berbanding era Jho Lo, era Kalimullah, era Patrick Lim, era
Vincent Tan, era Daim dan sebagainya. Sebab itu, sebagai penjawat awam, saya
merasakan inilah Kerajaan dan Perdana Menteri paling aman dan nyaman.
14. Kesimpulan,
saya tajukkan artikel kali ini dengan tajuk Hero Dalam Diam. Selamat Membaca.
2. Semasa Tun
Dr. Mahathir (TDM) menjadi PM kali pertama (1981-2002), ianya dipenuhi pelbagai
warna politik sehinggakan Mat Sabu pernah menggelar TDM sebagai Bapa Perompak,
Maha Firaun dan sebagainya. Sisi KLCC, Menara KL, Litar Sepang, KLIA menjadi
kebanggaan tetapi tidak dapat menyembunyikan kegagalan Perwaja, Bakun, skandal
BMF dan banyak lagi. You name it!
3. Ketika Pak
Lah memerintah, sangat kurang pembangunan fizikal kerana Pak Lah memberi
tumpuan kepada Islam Hadhari, kemanusiaan dan kesederhanaan. Mukhriz Mahathir
menulis surat terbuka memaksa Pak Lah meletak jawatan. Dengan tekanan kuat dari
TDM sendiri akibat kekecewaan Pak Lah membatal jambatan bengkok
Johor-Singapura, akhirnya Pak Lah berundur dalam keterpaksaan.
4. Datang
kepada DS Najib, pembangunan fizikal kembali rancak dengan projek-projek mega
seperti MRT, keretapi laju, Bandar Malaysia tetapi skandal 1MDB dan SRC sukar
disembunyikan. Dengan kekuatan kewangan kepada jentera parti dan Kerajaan di
zamannya, Najib tetap gagal melawan arus rakyat dalam PRU14.
5. Apabila TDM
kembali menjadi PM, TDM berusaha merombak apa yang Najib telah lakukan. Namun,
22 bulan tidak memberikan kesan yang mendalam kerana DS Anwar Ibrahim and the
geng tidak sabar menggantikannya. Digelar Jabatan Netizen, Kerajaan Paling
Gagal Di Dunia kerana pemberian wang ehsan RM30.00 sahaja .
6. Apabila TS
Muhyiddin diberikan peluang oleh Allah SWT meneraju negara tercinta ini, beliau
mewarisi keadaan politik, krisis, ekonomi dan sosial yang serba baru. Tidak ada
parti politik clear majority, fitnah siber bermaharalela, ekonomi dunia dan
negara merudum dek pandemik Covid-19 dan pergaduhan Anwar-TDM berdekad-dekad,
membuatkan TSMY mewarisi keadaan politik negara paling sukar berbanding
keempat-empat mantan Perdana Menteri di atas.
7. Namun
begitu, sebagai penjawat awam, saya berasa lebih tenang ketika ini kerana tidak
ada gerakan besar memburuk-burukkan, membuat fitnah atau mematikan politik
Anwar, berbanding zaman TDM semua agensi dipergunakan untuk memastikan Anwar
dan pembangkang tidak memerintah.
8. Kedua, saya
melihat mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan TSMY sebagai Pengerusi seperti
Mesyuarat Kabinet amat-amat tenang, tidak ada pergaduhan, tidak ada
pulau-memulau, tidak ada pra cabinet meeting, sebaliknya keputusan mesyuarat
setenang air sungai yang mengalir.
9. Berbanding
era TDM, sebelum mesyuarat sebenar kabinet, biasanya TDM akan bermesyuarat
dengan menteri-menteri UMNO terlebih dahulu. Mesyuarat selalunya tegang, panas
dan menggunakan kuasa veto. Ini tidak berlaku sekarang, amat-amat tenang.
Dr. Zach,
Political
Science,
Putrajaya. 27
Julai, 2021.
(Penulisan Pandangan Penjawat Awam)
Comments
Post a Comment