PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN SEBAR BERITA PALSU KONON WARKAH AGONG KEPADA PERDANA MENTERI

 


Laman Facebook beberapa pemimpin Pakatan Harapan didakwa telah menyebar berita palsu kononya Warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular di media sosial pada Jumaat.

Sebaliknya difahamkan sehingga kini surat tersebut tiada dimuatnaik di laman rasmi milik Istana Negara mahupun di laman Yang Dipertuan Agong.

Didapati ada beberapa Laman sesawang di kalangan pemimpin PH telah dilihat menyahterbit laporan berkenaan tanpa meninggalkan sebarang ulasan serta permohonan maaf.

Pihak berkuasa digesa menyiasat dakwaan berita palsu yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH). Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut didakwa telah menyebarkan berita palsu dengan mengatakan berkenaan surat maklum balas daripada Yang Dipertuan Agong kepada Perdana Menteri.


Comments

  1. Saya sudah nyatakan selepas sahaja keluar kenyataan YDPA
    "Saya x fikir Agong akan mengarah PM letak jawatan"

    ReplyDelete

Post a Comment