Hari ini pastinya Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pembangkang beliau datang ke parlimen dengan segunung harapan tetapi pulang dengan beban kekecewaan.Sungguh kasihan dan menyedihkan.
Jika diteliti dengan saksama,Anwar dan rakan-rakan telah bersedia dengan untuk mencabar Ordinan Darurat di parlimen.Namun bagai tak tercapai dek akal beliau,bilamana TSMY lebih bijak dan senantiasa selangkah di hadapan beliau.
PM mengumumkan bahawa Darurat telah tamat dan terus mematikan langkah Anwar Ibrahim.Tindakan PM pastinya tidak terjangka oleh mereka,barangkali rakan-rakan jajaran baru terutama Zahid juga akan sangat terkejut dan buntu.
Adalah perkara normal, bahawa mereka yang tertekan lagi-lagi kalah sebelum melangkah pasti sangat kecewa dan bersedih,barangkali segala aksi tidak bertamadun pihak pembangkang di parlimen adalah gambaran betapa malu dan kecewanya mereka selain daripada perangai lahiriah mereka yang memang sedemikian rupa.
PM kita pada hari ini,adalah seorang yang tenang dan ketenangan beliau merupakan kunci kemenangan beliau mempertahankan kerajaan prihatin ini.
Semoga tamparan kekalahan ini menyedarkan barisan jajaran baru bahawa cukup lah bermain dengan retorik politik kotor dan hulurkan lah tangan dalam bersama-sama menyumbang idea ke arah pelan pemulihan negara.Kerana hakikatnya,negara ini adalah milik kita bersama.
Jika ingin menjadi kerajaan,maka tunggu lah sehingga PRU akan datang dan bukannya bertindak gila meruntuhkan kerajaan sedia ada di tengah-tengah kemelut pandemik ini.
Rakyat adalah keutamaan pada ketika ini,sedarlah akan hakikat itu.Semoga dengan pembukaan parlimen yang telah di saksikan sendiri oleh seluruh rakyat Malaysia, "black label" kerajaan gagal akan terpadam,kerana sesungguhnya gesaan pembangkang untuk pembukaan parlimen hanyalah atas dasar kepentingan peribadi semata-mata.
Mereka tidak mempunyai pelan atau pun idea bernas langsung melainkan pekikan demi pekikan seperti di pasar-pasar malam.Menjijikan dan memalukan melihat perangai mereka yang sedemikian rupa.
Comments
Post a Comment