Lim Kit Siang Perlu Bersekolah Semula

 


Kasihan sungguh melihat gelagat Lim Kit Siang, pemimpin ulung DAP kesayangan PAN ini.
Semalam dia telah menzahirkan sikapnya yang memang begitu Islamofobia sekaligus mempersenda Islam.

Dia nak menyerang Kerajaan PN sebagai gagal tetapi dia sengaja menyalahgunakan istilah "Kerajaan Allah" yang terkandung di dalam artikel Tuan Guru Presiden PAS dengan membawa maksud yang berbeza.

Tuan Guru Presiden PAS merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa yang mentadbir seluruh alam semesta ini, itulah akidah pegangan umat Islam.

Tiba-tiba Lim Kit Siang spin kata Kerajaan PN ini Kerajaan Allah.

Anda nak serang Kerajaan PN, seranglah sebab memang itu kerja kamu tetapi tidak perlulah nak membabitkan nama Allah, Tuhan bagi umat Islam. Ianya tindakan menghasut yang penuh prasangka jahat.

Apabila sudah teruk diserang dan dihentam, dia pun delete posting tersebut.
Ada minta maaf.? Tiada kan. Senyap sepi. Hari ini Lim Kit Siang menulis berkenaan Parlimen pula. Katanya sidang Parlimen nanti tidak betul dan bercanggah dengan Perlembagaan.

YB Iskandar Puteri memberi 4 sebab mengapa sidang Parlimen itu tidak betul;
1. Mesyuarat itu nanti tidak ada Titah Diraja
2. Tempoh 5 hari sidang tidak cukup untuk bahas Titah Diraja
3. Dewan Negara bersidang lewat iaitu selepas Darurat tamat 1 Ogos
4. Banyak urusan penting dan serius perlu dibahaskan

Walaupun Lim Kit Siang merupakan antara ahli parlimen veteran yang sudah lama di Parlimen iaitu sejak PRU 1969 tetapi kelihatannya dia masih gagal membezakan Mesyuarat Khas (Sidang Tergempar) dengan Mesyuarat Penggal Parlimen.

YB,
Cuba YB baca betul-betul Kenyataan Media PM semalam, sudah terang dan nyata ia disebut Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas bukannya Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas.
Ianya memang berbeza, tidaklah sama.

YB, Mesyuarat Khas memang tiada Titah Diraja.

YB, mesti pernah hadir kan ketika Mesyuarat Khas (Sidang Tergempar) isu Gaza pada 12 Januari 2009.?

YB, mesti pernah hadir kan ketika Mesyuarat Khas isu MH 17 pada 23 Julai 2014.?

YB, mesti pernah hadir kan ketika Mesyuarat Khas TPPA pada 26 dan 27 Januari 2016.?

Ketika Mesyuarat Khas, agendanya khusus kepada tujuan ia dipanggil, ia tidak sama dengan mesyuarat permulaan penggal. Agong akan bertitah pada hari pertama Mesyuarat Pertama iaitu Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Keempat nanti.

Apabila Takwim Penuh sudah keluar nanti, pasti para Ahli Dewan boleh memahami dengan lebih jelas berkenaan tempoh persidangan pada tahun ini. Bukanlah 5 hari sahaja.

Pasti akan ada tempoh yang cukup lagi munasabah untuk perbahasan Titah Diraja, pembentangan dan perbahasan RMK-12, pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2022, dan urusan Rang Undang-Undang serta Usul Kerajaan.

Adapun berkenaan hal Dewan Negara bersidang selepas 1 Ogos itu pula, sebaiknya kita serahkan kepada sekalian pakar perundangan dan perlembagaan negara.
Hal ini kerana terdapat pelbagai pandangan yang berbeza antara mereka.
Ada yang kata Proklamasi dan Ordinan Darurat perlu dibentangkan di Parlimen SEBELUM darurat mula dilaksanakan.

Ada juga yang kata SEBELUM darurat berakhir.
Ada juga yang kata ia boleh dibentang APABILA Parlimen bersidang.

Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan menyebut;

"Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B)."

Sebagai Kerajaan, semestinya Peguam Negara adalah pihak yang berautoriti dalam memberikan nasihat kepada Kerajaan ketika melaksanakan persidangan Parlimen agar ianya tepat di sisi undang-undang.

Kredit: Syed Ahmad Fadhli

Comments