Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen.
“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dipercayai sebagai mengulas khabar angin bahawa keranaan PN tidak lagi memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ismail Sabri berkata situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil dan boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi serta memerangi pandemik Covid-19.
Bagaimanapun beliau berharap rakyat kekal bertenang dalam menghadapi situasi terkini negara dan berdoa agar kemelut politik ini akan berakhir.
“Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.-AD
Comments
Post a Comment