KERAJAAN LAKSANA 8 PAKEJ RANSANGAN EKONOMI, BANTU RAKYAT

 


Kerajaan telah melaksanakan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan pelbagai bantuan tunai kepada rakyat.
Ia rangkumi Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan terkini PEMULIH dengan nilai keseluruhan RM530 bilion.
Semua ini dilaksanakan semata-mata untuk satu tujuan murni iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Program bakul makanan turut dipanjangkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara tanpa mengira perbezaan parti politik.
Pelaksanaan kesemua pakej ini telah memanfaatkan lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta premis dan entiti perniagaan setakat ini. Lebih RM 200 bilion telah dimanfaatkan dalam tempoh berkenaan.-BERNAMA

-- PM Tan Sri Muhyiddin Yassin

Comments