KERAJAAN ALLAH DARI PERSPEKTIF ISLAM

 


Saya tak hairan LKS menganjing dan menyindir kerajaan Allah sebab  ajaran agama lain tiada yang lengkap dan komprehensif seperti Islam. Ada panduan dalam semua aspek kehidupan terutamanya dalam bab politik pemerintahan.

Yang saya pelik, ada melayu yang sudah tentu agamanya Islam mempertahankan kenyataan LKS dan mendakwa bahawa beliau tidak 'racist'.

Kerajaan Allah dalam kenyataan TGHH sudah tentu merujuk kepada maksud ayat Al Qur'an dalam surah Aali Imran ayat 26 yang berbunyi:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan/kerajaan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan/kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Juga surah al mulk ayat 1:

تَبٰرَكَ الَّذي بِيَدِهِ المُلكُ وَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan/kerajaan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Jadi, tak perlulah nak auta dan pusing makna kerajaan Allah yang TGHH sentuh itu merujuk kepada kerajaan Perikatan Nasional yang ada sekarang.

Mana-mana kerajaan pun yang memerintah Malaysia sama ada Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional mahu pun Jajaran Baharu(nauzubillah min zalik), semua itu di bawah tadbir Allah belaka. Allah nak cabut kekuasaan yang ada sangat mudah di sisiNya.

Tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah. Jadi, sementara berkuasa, tunaikanlah amanah sebaik mungkin ianya akan ditanya kelak di akhirat. Agama ni bukan dosa pahala berkait sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja.

Sebab itulah kena perhatikan baik-baik 'non muslim' mana yang boleh dibuat kawan dan yang mana dibuat lawan dalam konteks politik pemerintahan. Yang manamahu dipimpin dan yang mana mahu memimpin.

Tiada ulamak yang sebenar dan tiada bahagian dalam mana-mana fiqh as siasah yang membenarkan 'non muslim' memimpin sesebuah negara Islam atau negara umat Islam. Jika sekadar menyertai kerajaan dan dilantik sebagai menteri-menteri dalam lingkungan wilayatul tafwidh, tak mengapa lah. Itu ada perbahasannya dalam kitab fiqh.

Ini kerana apabila 'non muslim' memimpin dan tidak dipimpin, rakyat sangat terdedah kepada penindasan kaum dan agama sebagaimana yang banyak berlaku dalam realiti negara-negara yang umat Islam sebagai minoriti.

Penggubalan dasar-dasar kerajaan juga terdedah kepada dasar yang tidak berpihak kepada prinsip-prinsip Islam.

Jika ada yang berhujah, negara yang dipimpin oleh orang Islam pun tak laksana Islam sepenuhnya juga. Tuan-tuan, kaedah fiqh ada menyebut, tak dapat buat semua jangan tinggal semua(ما لا يدرك كله لا يترك جله). Buat setakat kemampuan. Dalam masa yang sama berusaha untuk ke arah menyempurnakannya walaupun 'milestone' nya 100 tahun sekalipun. 

Kepada 'non muslim' berhentilah sentuh isu berkaitan aqidah kami dan kepada yang muslim tapi ada sentimen tak sukakan TGHH, hati-hatilah dari menganjing menyindir bagaikan jahil tukir terhadap pegangandan ajaran aqidah Islam itu sendiri kerana akibatnya buruk kepada dirimu sebagai muslim. Wallahu a'lam.

Kepada semua, nak berpolitik berpolitiklah dengan matang dan berfakta. 

Kredit: Wan Mohd Faizul Wan Abas




Comments