ANWAR IBRAHIM BUAT-BUAT TAK FAHAM UNTUK KELIRUKAN RAKYAT




Agong marah pada Takiyuddin sebab tak bawa usul bincang Ordinan Darurat di Parlimen...
Kalau Agong marah pada Takiyuddin disebabkan mendahului Agong dalam membatalkan Ordinan Darurat pada 21 Julai 2021, mengapa Agong tak murka semasa sidang maya pada 24 Julai 2021...
Jika Agong benar-benar marah pada PN kerana menghina Istana, mengapa selepas 3 hari Takiyuddin membatalkan Ordinan Darurat pada hari pertama Mesyuarat Khas 26 Julai 2021, baru Istana Negara keluar kenyataan pada 29 Julai 2021...
Takiyuddin dan Kabinet membatalkan Ordinan Darurat lebih awal, kerana tahu Anwar akan buat usul undi menyokong membatalkan Ordinan Darurat semasa Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula pada 26 Julai 2021...
Anwar dan PH marah sebab tak dapat layanan dari Speaker untuk usul bincang Ordinan Darurat tersebut, sedangkan Takiyuddin dah umum awal lagi Ordinan Darurat sudah pun dibatalkan, macam mana nak bincang...
Pada hari terakhir sidang Mesyuarat Khas Parlimen pada 29 Julai 2021, tiba-tiba Istana Negara keluar kenyataan untuk menafikan bahawa Agong telah memperkenankan pemansuhan Ordinan Darurat...
Mengapa Istana Negara menunggu sehingga ke saat akhir, kerana pada 30 Julai 2021, iaitu hari Jumaat Parlimen tidak bersidang, namun disambung pada Isnin 2 Julai 2021...
Namun pada Isnin 2 Julai 2021, Proklamasi Darurat telah tamat pada 1 Julai 2021 iaitu pada hari Ahad, dan Anwar akan kesuntukan masa untuk membuat usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin...
Senang faham, Anwar dah meroyab sebab Takiyuddin dah "game" dia, dengan awal mansuhkan Ordinan Darurat, yang sepatutnya dibuat Anwar di Parlimen, kononnya nanti Anwar akan menang undi kerana majoriti tipis Dewan Rakyat berada di blok pembangkang...
Kalau benar pun Anwar dapat sokongan majoriti, buatlah sidang media tergempar dan kumpul 112 Ahli Parlimen seperti yang kerap kali dicanangnya saban tahun...
Setakat buat sidang media di ruang lobi Parlimen dengan hanya 10 Ahli Parlimen, apa buktinya PN hilang majoriti, atau buat kenyataan rasmi dan keluarkan senarai 112 Ahli Parlimen yang menyokongnya...
Setakat nak buat drama politik untuk hangatkan politik negara, cuba heret Istana, menipu kononnya nak buka Parlimen untuk bincang isu rakyat, mendesak PM letak jawatan tanpa asas, nampak seperti tidak profesional...
TPM Ismail Sabri dah umum lebih 110 Ahli Parlimen masih menyokong PN, Anwar bila nak umum ada 112 Ahli Parlimen...
Agong nak marah pada Takiyuddin, itu hak dia, pandai-pandailah dia jawab nanti, tapi Agong tak petik nama PM pun dalam kenyataan rasmi Istana Negara...
Agong bukannya "tak perkenan" batal Ordinan Darurat, tapi "belum lagi memperkenan", itu pun tak paham ke Anwar?
Kalau Muhyiddin nak letak jawatan pun, Anwar masih tak cukup majoriti 112, nak jadi PM Interim boleh la kot, itu pun kalau Agong perkenan...
Kecuali Zahid Hamidi buat sidang media tergempar dengan bawa sekurang-kurangnya 6 Ahli Parlimen UMNO, dan umum tarik sokongan kepada Muhyiddin...
Berani ke Anwar dan Zahid atau Najib sekalipun nak buat sidang media, atau saja nak buat kecoh di Parlimen, tatkala rakyat dalam kesusahan?
@MalayanCyberForces

Comments