Hari ini hari pertama persidangan parlimen. Tetapi,
persidangan yang sepatutnya berkisarkan soal rakyat diganggu dengan pelbagai
gangguan dan bunyi bising daripada wakil rakyat seolah-olah macam sarkas.
Apabila penerangan sedang diberikan, ada pula wakil rakyat
yang menyampuk. Mencelah dan membuat gangguan. Inilah masalah wakil rakyat di
Malaysia.
Masing-masing bising dalam parlimen nak bercakap sehinggakan
perjalanan sesi parlimen tergendala bermula jam 10.00 pagi sehinggalah
berlangsung selama sejam.
Nampaknya, standard wakil rakyat kita masih belum mencapai
tahap yang sepatutnya. Sejam berlangsung hanya untuk bergaduh sahaja.
Agenda rakyat yang ingin dibawa berlalu sia-sia apabila
pertelingkahan berlangsung selama sejam hanya untuk bertikam lidah. Hai
Malaysiaku.
Harapnya yang kuat provokasi dan mengganggu urusan parlimen
ini diturunkan dalam PRU-15 nanti. Rakyat menyampah dan tidak suka dengan sikap
ahli parlimen sebegini.
Tak perlu dah yang jenis kuat provokasi dan mengganggu
kelancaran parlimen. Mereka ini bukan nak bincang isu rakyat sangat melainkan
bergaduh sesama sendiri.
Apabila Speaker Dewan Rakyat dan Menteri Undang-Undang beri
penerangan, ada sahaja gangguan daripada wakil rakyat Pakatan Harapan.
Hari pertama sudah menjadi seperti sarkas. Memalukan sungguh
apabila rakyat tengok. Sepatutnya agenda rakyat yang dibincangkan. Bukan hanya
bergaduh sahaja.
Langsung tak hormat Yang Dipertua Dewan Rakyat. Tahu buat
provokasi. Tahu merengek macam budak kecil. Apa nak jadilah dengan wakil rakyat
di Malaysia.
Apa pula pendapat anda yang menonton siaran lagsung parlimen
hari ini?
Comments
Post a Comment