SU Politik MB Terengganu lapor polis portal Malaysia Dateline siar kandungan fitnah

 


Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap sebuah portal Malaysiadateline.com milik Parti Amanah (PAN) kerana didakwa menyiarkan kandungan bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap Menteri Besar & pihak Istana Negeri Terengganu.

Katanya, laporan polis itu dibuat bertujuan tindakan dapat diambil portal terbabit yang memberikan gambaran negatif kepada umum dan dakwaan jahat  seolah-olah MB Terengganu kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan MB.


"Laporan polis dibuat dengan tujuan tindakan dapat diambil terhadap portal terbabit yang membuat hantaran palsu, fitnah dan berniat jahat serta memberi imej negatif kepada Menteri Besar dan Pihak Istana Negeri Terengganu.

"Berita dan kenyataan ini adalah satu fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadap kredibiliti Ahmad Samsuri dan wakil-wakil rakyat kerajaan

"Perbuatan fitnah ini hanya mahu menimbulkan prasangka buruk, keresahan masyarakat dan kebencian memuncak rakyat terhadapa kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya.

Muhyiddin berkata, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap portal tersebut kerana menabur fitnah.

Dibawah adalah laporan Kandungan Laporan Polis.

Salinan Laporan Polis











Comments