Artikel hanya "Menurut Sumber" Fitnah terbaru terhadap MB Terengganu

 


PAS sudah menjangkakan akan ada usaha pihak-pihak tertentu mencipta naratif yang PAS akan hanya dapat mentadbir Terengganu satu penggal seolah-olah ekoran pergolakan dalaman dan isu membelit menteri besar termasuk hubungan dingin dengan istana. Sehingga kini sumber yang dinyatakan oleh Portal The Malaysian Insight hanya berkisar dengan ayat “kata sumber parti dan penganalisis”.

 Sumber palsu dari mana datangnya kita sendiri pun tidak mengetahui memberitahu The Malaysian Insight, seolah-olah isu melibatkan Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandang menteri besar itu. Sedangkan hubungan Kerajaan Negeri, barisan Exco serta Menteri Besar dengan Istana amat baik sekali terutama Kerjasama kedua-dua pihak dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dalam Negeri Terengganu.

 Sekali lagi Portal tersebut mencipta persepsi dangkal dengan hanya meletakkan “kata sumber” seolah-olah  Timbalan Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana. Disini jelas suatu kedaifan sesuatu fakta.

Sekali lagi Portal tersebut menyatakan “Seorang sumber” sehingga tidak menyebut pun siapa pemimpin PAS Terengganu berkenaan yang dikatakan enggan namanya disebut itu berkata, seolah-olah  menteri besar juga dilihat kurang menumpukan isu negeri berkenaan. Ini menunjukkan editor portal berkenaan tidak mengikuti perkembangan perjalanan pentadbiran Negeri Terengganu melalui FB Rasmi UPDI, portal rasmi TRDI dan facebook milik Menteri Besar itu sendiri.

 Naratif dangkal dengan hanya tuduhan syok sendiri dicipta untuk menampakkan seolah-olah “Dinginnya hubungan Ahmad Samsuri dengan pihak istana atas beberapa isu kerana menteri besar itu dilihat tidak pandai menjaga hubungan dengan pihak istana. Sedangkan setiap urusan rasmi melibatkan hal ehwal agama dalam Negeri, pihak Istana terutama Sultan adalah tonggak utama yang kerajaan Negeri akan ikut memastikan kefahaman Rakyat seiring dengan kehendak pihak istana. Kita dapat melihat bagaimana pihak Istana di letakkan Kembali dalam perjalanan pengurusan UNISZA setelah dahulu ia dinafikan oleh Barisan Nasional & Pakatan Harapan

 Dalam keadaan sekarang fokus utama Menteri Besar & barisan Exco adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat samada dari sudut ekonomi & kesihatan dengan pelbagai inisiatif serta intensif membantu rakyat terutama pada golongan sasar melalui beberapa agensi milik kerajaan Negeri.

 Nampaknya tak habis lagi dengan istilah “Sumber mendakwa” ia berikutan Ahmad Samsuri kini sedang mengintai peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi menyertai kabinet kerajaan Perikatan Nasional akan datang. Sedangkan tapak DUN yang Menteri Besar jaga sekarang adalah DUN Rhu Rendang tapak tradisi milik Tuan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Abdul Hadi Awang. Disitu kita boleh menilai startegik Presiden PAS dengan meletakkan Menteri Besar Dr Shamsuri di situ.

 Setiap perenggan daripada artikel Sampah The Malaysian Insight hanya menyebut Menurut Sumber, Sumber berkata, Sumber…sumber…sumber… Tiada fakta asas yang kukuh boleh kita semua percayai. Cukup-cukuplah mencipta Fitnah yang Cuma hanya dengan tujuan untuk mengalih isu peperangan terbuka PKR & komponen Pakatan Harapan berkenaan Logo yang ingin digunakan bertanding PRU-15 nanti. PKR melalui ahli Kongres dengan jelas memberi signal mengatakan Istilah Pakatan Harapan sudah rosak & tidak berguna lagi. Kalasssssssss.


Comments