Apakah Rakyat Bersedia Menghadapi perebutan kuasa dalam Pertempuran Politik?

 


Selepas Pertemuan Khas Majlis Raja-Raja pada Rabu lepas, satu kenyataan media rasmi telah dikeluarkan. Dari kenyataan tersebut, jelas bahawa KDYMM Agong mahukan persidangan Parlimen dibuat dan darurat tidak lagi disambung.

Sudah pastinya perkara-perkara dibawah Ordinan Darurat akan terbatal, dan kerajaan akan berfungsi kembali seperti biasa. Ini bermakna semua peruntukan Perlembagaan yang sebelum ini dibekukan sementara bagi memberi fokus pada melawan Covid-19 akan kembali aktif termasuklah pelaksanaan pilihanraya.

Maknanya, rakyat akan berhadapan dengan 4 PRK dan 1 PRN selepas tamatnya darurat pada bulan Ogos ini. Iaitu;

PRN Sarawak

PRK Parlimen Batu Sapi

PRK Parlimen Gerik

PRK Dun Bugaya

PRK Dun Melor

Persoalannya, adakah kita bersedia untuk masuk kembali dalam 'pesta demokrasi' ini?

Masih ingat lagikah kita kisah PRN Sabah? Ya PRN yang berlaku semasa kes harian mencapai kosong, zero dan nihil. Akhirnya selepas PRN, kes kembali mencanak, kematian mula mendadak, dan azabnya terasa sampai hari ini.

Suka untuk diingatkan bahawa virus ini dijangka akan dapat dikawal sepenuhnya pada awal 2022 seperti yang dijangka oleh WHO. Maksudnya ia masih lagi wujud selepas darurat ini tamat dan masih lagi boleh dijangkiti. Apa yang ditakutkan adalah peristiwa PRN Sabah dulu akan kembali menghantui rakyat Malaysia. Wujudnya berpuluh-puluh kluster baru dan kadar jangkitan meningkat 100%!

Itu baru kesan 1 PRN, bayangkan pula 4 PRK dan 1 PRN yang akan diadakan nanti. Walaupun mungkin tidak serentak, sudah pasti graf Covid-19 akan kembali meninggi. 

Bersediakah kita menghadapi semua ini sekali lagi? 

Tepuk dada dan tanya diri anda sendiri.

Comments