“Letak jawatan
jika tidak selesa dengan kerajaan PN - Hadi Awang”
Inilah satu
bentuk ‘media framing’ oleh pihak media dengan meletakkan satu tajuk dengan
tujuan menimbulkan salah faham dan kekeliruan kepada pembaca yang suka baca
tajuk berita sahaja, tanpa memahami makna sebenar tulisan Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang.
Pertama, topik
utama yang ditulis oleh Tuan Guru berkenaan konsep Pengasingan Kuasa atau
Separation of Power atau الفصل بين السلطات.
Tuan Guru
menjelaskan makna pengasingan kuasa antara tiga badan utama; pemerintah
(executive), perundangan (legislative) dan kehakiman (judiciary), bukan bererti
putus atau berpisah sehingga kerajaan tidak berhak untuk campur tangan urusan
jentera kerajaan jika ada penyelewengan dan salah laku.
Campur tangan
dalam perkara yang dibenarkan untuk penyelarasan dan mengukuhkan kerajaan,
bukan campur tangan untuk menimbulkan kecelaruan atau percanggahan. Bukan juga
campur tangan dalam urusan pentadbiran yang sudah betul.
Perkara ini
sebenarnya yang mahu dijelaskan oleh Tuan Guru bilamana sebilangan rakyat
memahami konsep pengasingan kuasa bermakna tidak ada hubungan langsung, putus
sepenuhnya seperti tali yang putus sebebas-bebasnya.
Kedua, Tuan
Guru menjelaskan peranan setiap badan utama untuk berkhidmat kepada negara dan
kerajaan yang sah menurut Perlembagaan dan demokrasi negara. Tidak kira apa jua
fahaman politik, mereka wajib mengikut dasar kerajaan dan bergerak berdasarkan
polisi yang telah ditentukan oleh kerajaan semasa yang memerintah.
Mereka boleh
kekal seperti biasa dengan mengikut arahan dan dasar kerajaan. Jika tidak mahu
atau tidak selesa dengan kerajaan, terpulang kepada mereka untuk meletak
jawatan atau tidak memegang jawatan.
Tuan Guru
menggunakan perkataan “mengikut kemahuannya”. Tiada paksaan, tiada tekanan, dan
tiada pencabulan hak kebebasan rakyat. Semuanya terserah kepada diri
masing-masing.
Apa yang utama
adalah Kerajaan, badan-badan utama dan seluruh penjawat awam melaksanakan tugas
bersama-sama mengikut dasar dan polisi yang telah ditetapkan, dibahagi mengikut
konsep pengasingan kuasa, namun tidak terputus demi memelihara tanggungjawab
secara kolektif dan saksama.
Usah keliru
lagilah. Sudah jelaskan.
Malik Razak
#KhidmatUntukNegara
Comments
Post a Comment