BANTAH SEKERAS-KERASNYA KLIP VIDEO IKLAN JUDI ONLINE BERTEMAKAN RAYA

 


Judi online bukan baharu. Sudah lama bertapak di alam maya. Iklan masuk telefon pintar sesiapa sahaja.

Saya terkejut dan kecewa dengan klip video iklan judi online bertemakan raya aidilfitri tersebar di media sosial. Lebih-lebih lagi ia dilakonkan oleh orang Islam. 

Iklan Raya Judi itu bukan setakat bercanggah dengan Islam, bahkan salah dari sudut undang-undang negara.

Ia seolah-olah suatu penghinaan dan cabaran kepada kerajaan yang ada. Saya berharap ada kenyataan media dan tindakan segera dari parti pemerintah. PAS sebagai komponen kerajaan Perikatan Nasional harus memainkan peranan yang penting dalam isu ini.

Saya seru rakyat pakat lapor PDRM di tempat masing-masing. Ia bukan sahaja tugas kerajaan menghalangnya dengan undang-undang yang ada, bahkan ia juga tanggungjawab kita semua mencegahnya.

Kami NGO-NGO Islam menawarkan diri untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membasmi kemunkaran seumpama ini. Kami boleh bekerjasama  dengan kerajaan untuk gerakkan kempen kesedaran dalam masyarakat. 

DARI UMMAH UNTUK UMMAH

AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Pengerusi GANTI
Merangkap Pengerusi UMMAH Terengganu

4 Ramadan 1442/16 April 2021

Comments