Undi 18: PH jangan kuat mimpi, UMNO-PAS jangan terlebih ngigau

 


Kenapa tergesa-gesa sangat? Bagilah peluang SPR buat persediaan rapi. Utamakan persempadanan semula kawasan pilihan raya terlebih dahulu.
Benarkah jika undi 18 tahun dibenarkan, PH akan menang besar? Jangan kuat mimpi?
Segelintir pemimpin UMNO pulak jangan terlebih ngigau dengan undi 18 tahun. Apakah UMNO akan menang besar sama seperti ultra kiasu
Untuk UMNO, belum tentu.
Yang pasti menang besar adalah ultra kiasu Cina. Kerana pengundi 18 tahun mereka tahu hala tuju, siapa yang mahu diundi.
Tetapi dalam kalangan Melayu umur 18 tahun belum tentu lagi. Mendaftar sebagai pemilih pun belum tentu. Kecuali dibuat secara otomatik.
Maaf cakap, anak muda agak kurang sensitif berbanding anak Cina.
Sebab itulah bapak ultra kiasu tua ini begitu bersungguh-sungguh mahukan undi 18 tahun disegerakan. Sebenarnya, bukan galakan untuk anak Melayu, tetapi lebih kepada anak-anak ultra kiasu yang telah dibasuh pemikiran mereka.
Ultra kiasu sampai mendesak pengerusi SPR letak jawatan. Siapa ultra kiasu ini nak paksa orang letak jawatan

Sama juga ultra kiasu yang minta Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka letak jawatan pasal keling dan tambu. Mereka ini siapa nak memandai-mandai suruh orang letak sana dan letak sini
Parti-parti politik Melayu PH memang mahu tumpang semangkok untuk dapatkan undi anak Cina ultra kiasu ini. Sebab itu, mereka beriya-iya benar mendesak dengan pelbagai alasan.
Ramai juga pemimpin-pemimpin UMNO yang mendesak termasuk Najib Razak. Benarkah pengundi muda suka Najib Razak. Apakah anak muda benar-benar suka slogan malu apa bossku. Saya mahukan ingatkan UMNO, jika PH kuat bermimpi, jangan UMNO terlebih ngigau. Begitu juga dengan PAS.
Sudah ada kajian kajian khususkah orang muda menolak PN dan menyokong PH jika undi 18 tahun dibenarkan. Kenapa kecoh sangat?
Percayalah, undi 18 tidak menguntung Melayu, tetapi ultra kiasu. Saya melihat dari tahap sensitivitinya.
Untuk makluman, menurut menteri PH dahulu, penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai 2021 untuk kegunaan PRU15.
SPR menjangkakan semua persediaan berkaitan dapat disiapkan dalam tempoh kira-kira 18 hingga 24 bulan daripada kelulusan pindaan Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan itu pada 25 Julai 2019.
SPR sedang dalam persiapan untuk melaksanakan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Sudah tentu ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, apatah lagi kita masih berada dalam wabak COVID-19. Banyak perkara tertangguh.
Lagi pun ini bukan kerja mudah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan. Persediaan SPR satu hal, bagaimana pula dengan alamat yang tidak lengkap. Ini sudah tentu melihat ekrjasama banyak pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara, dan lain-lain.
Banyak perkara yang perlu diteliti, termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan Pilihan Raya Pendaftaran Pemilih 2002, undang-undang lain yang berkaitan dan prosedur operasi standard (SOP) serta sistem dan infrastruktur bagi pelaksanaan itu.
Justeru, jangan ghairah.
Belum PRU15 lagi. PH sudah mimpi menang besar. UMNO-PAS jangan terlebih ngigau, terikut-ikut rentak ultra kiasu.
Bukan mengenepikan hak anak kita yang berumur 18-20 tahun. Paling penting, tanamkan pendidikan soal pentingnya pilihan raya dalam sistem demokrasi. Ini termasuk mengadakan kempen di seluruh negara termasuk sekolah.
Jangan terus terjah sahaja. Buruk padahnya.
Sosialisasi politik Melayu berbeza dengan Cina. Pengaruh seperti keluarga, pendidikan vernacular, media vernacular, NGO ultra kiasu, sangat kuat dalam mematangkan anak-anak mereka untuk menolak kerajaan sedia ada. Percaya atau tidak, terpulang…

Comments