Senarai kegagalan manifesto PH:
- Mansuh GST – Janji ditunaikan. GST disifarkan. Namun banyak ketirisan berlaku dalam sistem percukaian SST yang dianggap sebagai langkah ke belakang.
- Menstabilkan harga petrol – Janji ini terdiri daripada dua komponen iaitu menstabilkan harga dan subsidi bersasar. Menstabilkan harga dilihat tertunai, tetapi pada 1 Januari 2020, ia akan diapungkan kembali. Memperkenalkan subsidi minyak bersasar pula masih belum dilaksanakan.
- Hapus hutang peneroka Felda – Gagal.
- KWSP untuk pasangan – Janji ditunaikan.
- Gaji minimum – Gagal. Manifesto PH untuk meningkatkan janji minima kepada RM1,500 sebulan. Proses dimulakan, namun tidak terlaksana.
- PTPTN – Gagal. Tidak menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000.
- Suruhanjaya Siasatan Diraja kes 1MDB, Felda, MARA, TH – Gagal.
- Jawatankuasa Perjanjian Malaysia – Gagal. Kabinet telah meluluskan pewujudan jawatankuasa tersebut, ahli-ahlinya masih belum dilantik.
- Skim kesihatan – Gagal.
- Projek mega – Gagal. MRT3 dibatalkan. HSR dan ECRL masih dalam perbincangan. –

Comments
Post a Comment