Kerana enggan menurut kehendak Kluster Mahkamah, UMNO-BN memutuskan tidak bersama PM PRU-15


 

Begini ceritanya, selepas bentuk kerajaan PN mac 2020.

Bekas PM dan bekas TPM datang menemui PM. Pertemuan itu adalah bagi menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapi oleh bekas PM dan bekas TPM. Namun PM tidak memberi jaminan total untuk melucutkan kes kes tersebut dan menasihatkan mereka berdua agar menghadapi perbicaraan dengan menggunakan kebijaksanaan  peguam masing-masing. Disamping itu juga PM mengingatkan mereka berdua bahawa kerajaan PN akan dipimpin  dengan telus dan berintergriti tanpa mencampuri urusan mahkamah.

Mereka berdua sangat kecewa dengan jawapan tersebut kerana selama ini mereka mengharapkan sokongan kepada pembentukan kerajaan PN akan memberi nyawa kepada mereka untuk dibebaskan dari pertuduhan yang sedang berjalan.

Lalu dalam keadaan kerajaan yang ampuh, majoriti yang hanya sekadar cukup, mereka berdua telah membuat perbincangan sulit dengan seorang lagi bekas TPM yang juga bekas banduan yang sedang berangan angan untuk merampas kuasa seterusnya menjadi PM.

Bekas banduan ini difahamkan telah bersetuju dan memberi jaminan total untuk membebaskan secara total mereka berdua dengan syarat satu jaminan dari bekas PM dan bekas TPM yang diatas tadi berusaha supaya bekas banduan ini cukup majoriti untuk menghadap Agong untuk tujuan mengangkat sumpah sebagai PM. Lalu keluarlah satu surat yang ditandatangani oleh kedua duanya tadi kononnya parti berliau memberi sokongan kepada bekas banduan itu untuk menjadi PM.

Pada 22 sept. 2020 bekas banduan tersebut telah mengadakan sidang media dan memaklumkan kerajaan PN sudah terbubar dan beliau akan menghadap Agong pada bila bila untuk persembahkan surat sokongan tersebut.

Maka berlaku lah seperti apa yang telah berlaku pada tahun lepas.

Kemudian beberapa ketika selepas itu, dalam satu pertemuan ketua ketua parti yang dihostkan oleh PM, juga turut hadir oleh bekas TPM yang juga ketua kepada sebuah parti, PM telah menunjukkan surat sokongan kepada bekas banduan untuk menjadi PM yang ditandatangi oleh bekas PM dan bekas TPM. Semua yang hadir terkejut. Bekas TPM yang juga ketua sebuah parti itu tidak menyangka bahawa surat itu boleh sampai ketangan PM.


Lalu dengan segera bekas TPM itu terus meninggalkan majlis tersebut.

Maka tersebarlah surat tersebut di media sosial, sehingga ke saat ini mereka berdua tidak pernah menafikan keaslian surat tersebut.

Maka itulah ceritanya sehingga semalam keluar pula surat memutuskan untuk tidak bersama sama PM dalam PRU 15.

Comments