2 FEB: Pada bulan yang lalu Kerajaan DAP Pulau Pinang telah melakukan pembelian Mercedes S560e adalah pada 31 Dis 2020 dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78. Ia dikatakan hanya untuk kegunaan Ketua Menteri, terbaru kerajaan negeri memperuntukan hampir RM5 juta pula bagi ubah suai pejabat Exco di Komtar.
Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, pejabat exco ini perlu diubahsuaikan bersesuaian dengan peredaran zaman dan teknologi. Cadangan saiz pengubahsian setiap satu daripadanya hanya 1,400 kaki persegi.
“Kos keseluruhan untuk mengubah suai pejabat exco di aras 52 dan 53, termasuk memindahkan pejabat berkenaan ke aras 31 buat sementara waktu, akan menelan belanja kira-kira RM4.95 juta.
“Tiada pengubahsuaian besar dilakukan sejak pejabat exco berkenaan beroperasi pada 1986. Projek yang diluluskan untuk melaksakan kerja-kerja pengubahsuaian melalui tender terbuka itu akan dilaksanakan dengan mematuhi prosedur sewajarnya.
“Projek itu juga akan memacu ekonomi dengan membantu pembida yang berjaya dalam pandemik ini,” kata Chow menerusi satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, di saat negara tengah bergelut dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan kegawatan ekonomi rakyat, kerajaan Pulau Pinang pula dilihat terus bermewah-mewahan dengan projek mengubahsuai pejabat Exco bernilai hampir RM 5 juta.
Selepas sebulan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta Mercedes kegunaan Ketua Menteri dengan harga hampir mencecah setengah juta, timbul persoalan, adakah ini masa yang sesuai untuk kerajaan negeri memperbesarkan bilik Exco dengan menelan belanja berjuta-juta ringgit wang rakyat?
Adakah ini sikap hipokrit mereka terutama kelompok pemimpin utama parti DAP yang sedang mengagihkan projek ini dikalangan pelobi-pelobi di kalangan mereka untuk menjarah wang rakyat untuk kantung peribadi mereka sendiri.

Comments
Post a Comment