Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Khairuddin A Rahim mengakui beliau bersama dua lagi Adun Parti Amanah Negara (Amanah) dari Johor, sudah menyertai PKR.
Dua lagi Adun berkenaan ialah Adun Serom, Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit. Khairuddin berkata, kepemimpinan tertinggi Amanah sudah dimaklumkan mengenai 'perpindahan' mereka ke PKR selepas permohonan yang dihantar September tahun lalu diterima PKR sebulan selepas itu.
Sebaliknya, Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan penghijrahan itu adalah sebahagian strategi politik untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Itu hanyalah strategi politik untuk pemimpin Amanah melangkah lebih jauh dalam politik. Tidak timbul isu khianat atau parti tidak relevan, Amanah tetap relevan sepanjang masa,”
“Komposisi kerusi kerajaan dan pembangkang di negeri itu tetap sama, ia sekadar perpindahan dalaman PH dan tak beri apa-apa implikasi politik, cuma ia mengurangkan kerusi DUN dimiliki Amanah dalam konteks semasa,” katanya.

Comments
Post a Comment