Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan surat daripada Setiausaha Agong UMNO Dato' Seri Ahmad Maslan berkenaan arahan kepada ahli parlimen UMNO-BN untuk menyokong menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen yang kononnya dibawah perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau turut mempertikaikan kewajaran Mengapa perlu di adakan sidang parlimen melalui perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan kerana dibawah 150(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan setelah proklamasi dilakukan parlimen tidak perlu bersidang. Parlimen hanya akan bersidang selepas tamat temph darurat (1 Ogos 2021) sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) 2021.
Tindak tanduk Setiausaha Agong UMNO yang baru lantikan Presiden UMNO ini menampakkan seperti ada sesuatu gerakkan tersembunyi serta terdesak untuk menggunakan Sidang parlimen bagi menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri. Ini mungkin kerana dikalangan ahli parlimen UMNO yang masih mempunyai kes perbicaraan di Mahkamah dalam masa terdekat ini.
Annuar juga turut membidas, Surat Setiausaha Agong UMNO ini sebagai suatu tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong.
Ia juga melihatkan satu usaha yang amat jelas bersekongkol dengan Ketua Pembangkang DS Anwar dan DAP yang sebelum ini meminta perkara yang sama dilakukan oleh ahli parlimen.
Adakah ini percubaan Kluster Mahkamah dalam MP UMNO untuk mengangkat DS Anwar sebagai Perdana Menteri ? bagi memenuhi tuntutan mereka agar kes mahkamah mereka digugurkan.
Comments
Post a Comment