Soalan sepatutnya Dr Dzul kepada Amirudin dan Dr Mariah: Ambil tanggungjawab atau letak jawatan

 


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sepatutnya mendesak Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Kesihatan Negeri Dr Siti Mariah Mahmud untuk segera mengambil alih dan bertanggungjawab membuat segala keputusan dalam Porfolionya atau bersedia meletakkan jawatan.

Beliau berkata demikian selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa dia hanyalah penyampai yang mewakili pandangan pakar-pakar dalam kementerian yang bekerja di belakang tabir.

Dzulkefly seharusnya berkata, MB Selangor bersama Exco nya  seharusnya bekerja sebagai satu pasukan dengan birokrat dan teknokrat kementerian.

“Pada akhirnya, eksekutif iaitu Exco perlu sentiasa mengambil alih dan memikul bertanggungjawab.

“Itulah sebabnya mengapa masyarakat sekarang mengatakan Menteri Besar dan EXCO Kesihatan Negeri makan gaji buta. Kenapa? Kerana mereka tidak lihat pemimpin mereka mengambil tanggungjawab,” sepatutnya kata begitu.

Sementara itu Dzulkefly yang juga Pengerusi Taskforce Covid-19 Selangor ingin berkata, Bukan tanggungjawab beliau untuk memantau wabak Covid yang tinggi dalam Selangor, ia adalah merupakan tanggungjawab penuh Menteri besar serta barisan Exco kerajaan Negeri.

Beliau juga menyifatkan bahawa Selangor telah kehilangan kepimpinan politik dan negeri berjalan “hampir secara automatik” sejak kerajaan Pakatan Harapan(PH) dijatuhkan oleh Tun Mahathir pada tahun lalu.

“Rakyat Selangor sering bertanya ‘sekarang ada Exco Kesihatan Negeri dan Pengerusi Taskforce Covid-19. Seorang Menteri Besar serta dua penasihat Taskforce Negeri, di mana mereka?

“Keadaan telah bertambah buruk dan memerlukan mereka dilihat dan bertanggungjawab, bukan hanya pada DG Kerajaan Pusat sahaja.

Comments