PAS Konsisten mengajak Masyarakat bersama membanteras amalan Judi

 


Dari dahulu sehinggalah kini, PAS konsisten mengajak masyarakat untuk bersama-sama membanteras amalan judi yang ternyata hanya akan merugikan pembangunan masyarakat.

Melalui posting di Facebook rasmi beliau, Ketua Pemuda Pas Pusat Ir Ts Khairil Nizam menyatakan bahawa beliau mewakili pemuda PAS Malaysia akan sama memainkan peranan membantu kerajaan dalam isu ini.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengatur perjumpaan secepat mungkin bersama YB Menteri Kewangan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh pimpinan negara, serta parti-parti lain dalam Perikatan Nasional mahupu Pakatan Harapan untuk bersama-sama membanteras segala aktiviti perjudian di Malaysia.

Melalui suatu portal milik Pakatan Harapan telah membuat Fitnah yang berulang-ulang untuk disebarkan dengan memutar belitkan kenyataan asal Ketua Pemuda PAS ini. Semakin hampir pilihanraya, semakin kuat mereka akan menyebarkan Fitnah sebagaimana mereka lakukan pada PRU-14 yang lepas.

Comments