" Kerajaan PN bakal ditumbangkan dalam mesyuarat Parlimen akan datang " - Ketua Bahagian UMNO

 


Wujud cubaan dan konspirasi pihak tertentu untuk mengubah pendirian Barisan Nasional (BN) menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan konspirasi menggagalkan dasar 'no Anwar no DAP' sedang berjalan dengan menggunakan Akuan Bersumpah (SD).

Telah tular video, suatu perjumpaan tertutup Ketua Bahagian UMNO di sebuah Negeri dengan jelas mengajak dan memujuk ahli akar umbi UMNO untuk menerima PKR dan DAP dalam usaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

Video Penuh ucapan berkenaan https://youtu.be/QKpFfX1HM-g

"SD cuba dikutip, pujuk rayu berterusan, punca kemarahan kepada kerajaan cuba direka, nama istana dan kerabat turut di guna.

"Liciknya pihak yang kempunan kuasa, yang berharap mengambil alih kuasa amat bijak mengatur strategi," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar menjelaskan dalang konspirasi itu berpura-pura meletak DAP di saf belakang supaya mereka mudah memperdaya kelompok yang menolak Anwar dan DAP itu.

Katanya, watak itu telah sekian lama menghantui politik negara dan mereka mungkin tidak sedar bahawa gerakan itu sudah diketahui.

"Kini dasar ini cuba ditebuk perlahan-lahan. Jarum DAP menusuk halus untuk menghancurkan pakatan 'no Anwar, no DAP.

"Umpan yang ditawarkan adalah umpan yang mereka tahu pasti ditelan jerung besar," katanya.

Beliau menjelaskan percubaan mengubah pendirian itu gagal kerana kepemimpinan parti tidak tergamak, hormat, segan dan mengamalkan sifat tolak ansur dalam kalangan Melayu yang lain.

Beliau berkata, dasar parti 'no Anwar no DAP' diputuskan bersama berkali-kali di semua peringkat parti.

"Dasar itu jugalah yang dikongsi bersama dengan parti yang sealiran yang membawa kejayaan menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan menamatkan dominasi DAP di Putrajaya," katanya.


Comments