HSR: Klausa Perjanjian berat sebelah Singapura, punca Malaysia tarik diri

 


Dalam artikel mengenai HSR pagi tadi dalam Sinar Ahad telah diyatakan Malaysia berkemungkinan sengaja membiarkan perjanjian 2016 itu luput kerana terdapat klausa yang agak sukar dipenuhi pada masa hadapan.

Perjanjian tersebut tidak membenarkan Malaysia membuat apa-apa perubahan atau penambahan stesen HSR dalam kawasan Malaysia tanpa kebenaran Singapura.

Malaysia tidak boleh mengubah rekabentuk stesen mana-mana stesen untuk mengurangkan kos TANPA kebenaran Singapura.

Malaysia tidak boleh menambah laluan domestik tanpa kebenaran Singapura.
Malaysia tidak boleh menambah stesen di KLIA atau mana-mana kawasan tanpa kebenaran Singapura.

Jika pada masa hadapan Malaysia mahu menyambung laluan HSR sehingga ke Perlis atau Thailand pun ia perlu meminta kebenaran Singapura.

Walaupun semua ini tidak menjejaskan kepantasan dan kelajuan Laluan Antarabangsa Jurong - Bandar Malaysia, Malaysia tetap memerlukan kebenaran Singapura. 
Jika Singapura tidak bersetuju, Malaysia tidak boleh melaksanakan.

Jika Malaysia melaksanakan juga perjanjian usahasama akan terbatal dan Malaysia perlu membayar kos yang telah dikeluarkan oleh Singapura dalam pembinaan HSR ini.

Hal ini telah terjadi baru-baru ini apabila Singapura membantah cadangan Malaysia mahu menambah stesen HSR di KLIA untuk laluan domestiknya.

Apa sebab Singapura mahu membantah sesuatu yang tiada kena mengena dengan laluan antarabangsanya? Inilah bentuk pembulian yang akan Singapura lakukan kepada kita jika perjanjian diteruskan.

Jadi jika Malaysia mahu memanjangkan HSR ini pada masa hadapan, Singapura boleh mendapat semula kos pembinaan mereka hanya dengan menyatakan tidak bersetuju. Dalam masa yang sama stesen tersebut kekal dalam negara mereka dan perlu terus digunakan untuk Malaysia mendapat kadar penumpang yang tinggi.

Singapura hanya mengeluarkan kos membina HSR dalam negara mereka, tetapi mahu mengawal perkembangan HSR dalam malaysia pada masa hadapan.
Dari jarak 350KM, 335KM dalam kawasan Malaysia, dibina menggunakan duit negara. Singapura hanya membina 15KM tetapi mahu mempunyai kuasa menentukan keseluruhan projek di Malaysia.

Projek ini belum ada kerja pembinaan, manakala kos pengambilalihan tanah tidak boleh dimasukkan. Justeru lebih baiklah bayar ganti rugi awal yang hanya membabitkan kos consultancy, design services, site surveys and operating costs.

Terbatalnya perjanjian ini adalah a blessing in disguise (tragedi yang mendatangkan rahmat) kepada negara pada masa hadapan.

Jika tidak kita akan berterusan berhadapan dengan pembulian Singapura seperti dalam isu air, Pulau Batu Putih dan jambatan bengkok dan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar.

Comments