Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Konsep waqaf tu perkara yang bagus. Yang duk pertikai tu jenis tak berapa nak faham waqaf tu natam apa. Waqaf tak sama macam kutip derma. Waqaf adalah satu bentuk offer kepada orang ramai untuk contribute dalam satu usaha kebajikan.
2) Dari sudut agama Islam, waqaf benda-benda yang memberi manfaat kepada orang ramai adalah salah satu bentuk amal jariah yang memberikan ganjaran pahala berterusan kepada pewaqaf hatta selepas pewaqaf itu meninggal dunia.
3) Kalau nak guna dana kerajaan, atau invite syarikat pelabur untuk mendanai projek memang boleh sangat. Tapi kerajaan atau menteri lebai bukan sahaja fikir pasal kebajikan duniawi rakyat. Bahkan turut mahu rakyat untung di hari akhirat. Waqaf adalah salah satu bentuk saham akhirat yang orang Islam sepatutnya faham. Orang yang faham, takkan troll secara membabibutatuli.
4) Sama lah macam pembinaan masjid. Kerajaan boleh mendanai pembinaan masjid. Tetapi, lebih baik offer kepada orang ramai untuk mewaqafkan harta mereka untuk pembinaan masjid, bermula dari pembelian tanah, pembelian bahan-bahan binaan sehinggalah masjid itu siap, pakat imarah pula masjid itu. Itu yang terbaik. Ia tidak bermaksud orang Islam miskin papa kedana sampai nak buat masjid pun mintak sedekah.
6) Itulah bezanya cara orang beriman kepada Allah dan hari akhirat berfikir dengan orang yang hanya meletakkan wawasan dunia semata-mata walaupun mereka berserban berjubah. Bahkan waqaf air adalah sangat menguntungkan saham akhirat anda yang mewaqaf, maybe melebihi ganjaran waqaf untuk bina masjid.
Wallahu a'lam.
Sekian
Comments
Post a Comment