Di sebalik kehangatan Belanjawan 2021, politik Perak bergolak kembali serta turut mencuri perhatian ramai terutama apabila menteri besarnya, Ahmad Faizal Azumu, telah dijatuhkan oleh ADUN daripada UMNO, PKR, DAP & AMANAH melalui usul undi percaya di DUN Perak.
Walaupun ia bukan berbentuk undi tidak percaya, ia boleh dianggap serampang dua mata juga kerana kegagalan usul itu mendapat sokongan majoriti juga bermakna kepemimpinan timbalan presiden Bersatu itu ditolak di Perak.
Ia berlaku dimana usul undi percaya telah dikemukakan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak oleh Ahmad Faizal.
Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid pagi ini membenarkan usul tersebut dibawa ke depan, sebelum Belanjawan 2021 Perak dibentangkan.
"Usul tersebut usul persendirian. Mengikut peraturan mesyuarat, agenda kerajaan mestilah didahulukan.
Sementara itu, seorang pemimpin PKR dari Perak mengesahkan bahawa Umno mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan Pakatan Harapan (PH) Perak.
"Kami telah adakan beberapa perjumpaan sebelum ini. Kalau mengikut perjumpaan itu, saya boleh agak ada beberapa Adun Umno akan tolak undi percaya terhadap MB Perak ini.
Namun tindakkan tersebut telah direalisasikan melalui hasil pertemuan secara sulit antara pemimpin UMNO & PKR sebelum ini.
Comments
Post a Comment