Kedudukan TG Hj Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri di sebelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat memberi bayangan suatu Kerajaan yang stabil perlu dipertahankan.
Namun, PM ia masih diperingkat perbincangan & penelitian kerana ia bergantung kepada keputusan daripada Muafakat Nasional (PAS & UMNO) dalam memberi pertimbangan untuk jawatan TPM kepada Umno sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN).
Dalam mesyuarat ini, Tidak ada langsung membangkitkan isu jawatan Timbalan Perdana Menteri sepertimana yang di Fitnahkan oleh portal-portal milik Pakatan Harapan. Ia sekadar saraf mengelirukan agar ada pertembungan di antara PAS dan UMNO. Sedangkan perkara ini tiada dibincangkan langsung.
Mesyuarat hari ini hanya tertumpu pada asas utama bagi membincangkan hala tuju Perikatan Nasional setelah pembentangan belanjawan ini selesai. Paling utama perlaksanaan belanjawan ini sehingga ke dasar yakni keseluruh lapisan rakyat. Tentang masalah politik tolak ketepi dahulu. Agenda Rakyat adalah keutamaan kami sekarang kata Timbalan Presiden PAS.

Comments
Post a Comment