Saya memandang serius dakwaan yang dibuat di dalam Facebook Zaharin Mohd Yasin yang menyatakan "Kerajaan Malaysia membayar RM3 Billion untuk 10 juta vaksin".
Setakat ini kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin JKJAV telah memuktamadkan pembelian 10% Vaksin Covid19 melalui COVAX dan 20% dari Pfizer. Selain COVAX dan Pfizer, kerajaan juga sedang berunding secara terus dan tidak melalui mana mana pihak ke tiga dengan beberapa pengeluar lain yang telahpun melalui ujian klinikal fasa 3 dan sedang dalam proses kelulusan Badan Kawal Selia Farmaseutikal yang diiktiraf antarabangsa. Semua vaksin ini perlu mendapat kelulusan National Pharmaceutical Regulatory Agency di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum boleh digunakan pada rakyat Malaysia.
Kerajaan memutuskan untuk membeli vaksin Covid19 yang cukup untuk 70% dari 32 juta rakyat Malaysia. Seperti telahpun diumumkan dalam Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan RM3Billion untuk tujuan itu.
Saya ingin memaklumkan setakat rundingan yang telah dimuktamadkan dengan Pfizer, COVAX dan InsyaAllah hari ini dijangka dengan Astrazeneca, dan beberapa lagi calon vaksin yang sedang dirundingkan bagi mencukupkan 70% dari 32 juta rakyat Malaysia, jumlah nilai harga vaksin2 Covid19 yg berkenaan adalah lebih rendah daripada pada RM3Billion yang diperuntukkan.
Secara umumnya MOSTI telah secara konsisten menjawab di Parlimen Malaysia bahawa kos vaksin Covid19 untuk setiap orang dianggarkan sekitar USD21 iaitu dibawah RM100 seorang sama ada perlu satu atau dua dos.
Dakwaan oleh FB Zaharin ini adalah salah dan jauh menyeleweng dan berunsur fitnah kepada Kerajaan Perikatan Nasional.
Comments
Post a Comment