Ok, saya cuba menulis seringkas yang mungkin supaya semua faham apa yang sebenarnya terjadi dan apa sebenarnya rancangan PM Tepi ni dari awal lagi.
1. Pendirian PH terhadap Bajet 2021 tidak relevan sama sekali. Segala ucapan semasa perbahasan di dalam Dewan Rakyat mahupun kenyataan2 di media adalah wayang kulit semata2. Ini Perang Propaganda dan kami semua sedia maklum taktik sebegini
2. Rancangan asal dan satu2 nya rancangan PH adalah untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional melalui cara, mengagalkan Bajet 2021 di Dewan Rakyat.
Kerana apabila Kerajaan gagal meluluskan sesuatu Bajet, maka PM harus meletak jawatan dan beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada SPBYDA dan / atau memohon perkenan SPBYDA untuk membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU semula.
Dalam situasi sekarang, TIDAK MUNGKIN SPBYDA bersetuju untuk membubarkan Parlimen.
Jadi, apa yang mungkin terjadi? Jika PM meletak jawatan, SPBYDA hendaklah melantik seseorang yang mana, di pandangan baginda mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.
3. Bagaimana? Ok, kita mempunyai 222 kerusi Parlimen. 2 telah kosong (Gerik, Baru Sapi), jadi tinggal hanya 220
Daripada 220 ni, PH Plus ada 108 dan PN ada 112. Majoriti hanya 4 kerusi
4. Kalau cuma 108 kerusi, Macam mana Anwar Ibrahim nak jadi PM? Jawapan nya mudah, beberapa pemimpin Umno telah menyatakan persetujuan untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semasa proses Pengundian Bajet 2021 Peringkat Dasar (26 haribulan November 2020)
Ya, Pemimpin2 yang sama yang telah menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada bulan September yang lepas. Strong Formidable and Convincing. Ingat tak?
5. Pemimpin2 Umno berkenaan, mula lah mencari helah untuk menghentam/mengugut Kerajaan dan menyatakan TUNTUTAN di dalam Bajet 2021 dan jikalau tidak, mereka akan mengundi untuk menentang Bajet 2021 ini
Malahan, Anwar Ibrahim dan pemimpin2 PH yang lain turut serta, senada dan seirama join sekali belasah Kerajaan PN
Sebenarnya, TUNTUTAN - TUNTUTAN yang dibuat, TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BAJET 2021. Di antara nya adalah Isu Moratorium dan ONE OFF KWSB RM10K
Maksud saya, TUNTUTAN TUNTUTAN tersebut tidak perlu dimasukan ke dalam Bajet 2021. Dalam bahasa mudah, Kerajaan cuma perlu memberi arahan kepada Bank dan KWSP. Hari ini boleh, besok pun boleh
6. Ok, berbalik kepada cerita asal, apa yang terjadi pada hari semalam, 26 November 2020 di Dewan Rakyat?
7. Anwar Ibrahim terkejut beruk apabila Menteri Kewangan telah membuat beberapa pengumuman yang cukup mengembirakan rakyat iaitu Isu Moratorium dan ONE OFF KWSP RM10K
8. Apa yang terjadi seterus nya? Well, Anwar Ibrahim dan kuncu2 nya kelu, tergamam tak tau nak buat apa.
Kenapa? Jawapan nya mudah, bila Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan semasa pengulungan hujah, Sudah tentu beberapa Pemimpin Umno yang dikatakan telah bersedia memberikan sokongan kepada beliau, TIDAK AKAN MEMBANTAH Bajet 2021, Malahan akan MENYOKONG kerana TUNTUTAN TUNTUTAN mereka telah dipenuhi, apa lagi alasan untuk menolak kan?
9. Seterus nya, apa yang terjadi? Apabila Menteri Kewangan selesai menggulung hujah, Speaker terus beralih ke proses pengundian
Tuan2 dan Puan2, proses pengundian sesuai Usul/Rang Undang2 di Parlimen boleh dibuat melalui 2 cara
Pertama : Undian Suara. Jika lebih suara kedengaran mengatakan SETUJU, Maka Usul/Rang Undang2 tersebut diluluskan
Kedua : Jika "lebih" suara mengatakan SETUJU tetapi pihak Pembangkang meminta untuk diadakan Undi Belah Bahagian, Peraturan Mesyuarat memerlukan 15 orang Ahli Dewan Rakyat perlu bangun
Jika cukup 15 orang, Maka Undi Belah Bahagian akan dimulakan
Sebelum itu, Loceng akan dibunyikan selama beberapa minit untuk memastikan semua Ahli Dewan yang berada diluar untuk masuk ke dalam Dewan
10. Apa itu Undi Belah Bahagian? Senang jer, UBB adalah sebenarnya HEADCOUNT, PENGIRAAN KEPALA
Beberapa Ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Penghitung Undi di blok masing (Blok Tempat Duduk)
11. Apa yang terjadi semalam? PH MENOLAK BAJET 2021 SEMASA PROSES UNDI SUARA. YA, PH MENOLAK BAJET 2021!!
SETERUSNYA, AHLI PARLIMEN POKOK SENA, YB MAHFUZ OMAR BANGUN DAN MEMOHON UNDI BELAH BAHAGIAN
ADA BEBERAPA PEMIMPIN AMANAH, PKR DAN DAP YANG BANGUN NAMUN DIARAHKAN RAKAN2 UNTUK DUDUK SEMULA
JUMLAH YANG BANGUN CUMA 13 ORANG, TIDAK MEMENUHI SYARAT 15 ORANG SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH PERATURAN MESYUARAT
12. Kenapa cuma 13 orang? Kenapa gagal mendapatkan 15?
Jawapan nya senang dan Anwar Ibrahim telah mengaku bahawa beliau telah mengarahkan Ahli2 Parlimen supaya jangan berdiri, namun, ada beberapa yang tidak mendapat arahan (Takder Whatsapp Group ker)
Alasan Anwar Ibrahim, kerana ada sebahagian daripada Bajet 2021 ini telah ditambah baik dan mereka harus menyokong di Peringkat Dasar dan akan memperhalusi setiap butiran pada Peringkat Jawatankuasa kelak
Persoalan nya, kalau benar nak sokong, kenapa semasa proses Undian Suara, ramai Ahli Parlimen dari PH yang TIDAK MENYOKONG?
13. Jika benar Anwar Ibrahim mempunyai STRONG, FORMIDABLE AND CONVINCING MAJORITY, masa ni lah beliau boleh menunjukan nya dan Kerajaan PN akan tumbang, TSMY akan meletak jawatan dan PH boleh membentangkan semula Bajet 2021 dengan perubahan yang dirasakan perlu.
Anwar Ibrahim pula, akhirnya menjadi Perdana Menteri dan bukan nya PM Tepi Forever!!
Mengapa ini tidak berlaku? Jawapan nya mudah, HE DIDNT AND HE NEVER HAVE THE NUMBERS! PERIOD.
Ps : Saya akan menulis tentang Proses Pembentangan Bajet di Peringkat Dasar dan Jawatankuasa secara terperinci nanti. (Kalau mendapat ilham)
Coffee Boy Istana Segambut
27.11.2020
(Dari whats app group)

Comments
Post a Comment