1. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengeluarkan surat rasmi untuk mengadaman pertemuan mahabbah bersama penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Surat tersebut telah dikeluarkan pada 12 November 2020.
2. Surat tersebut telah diserahkan melalui email secara terus kepada Pengarang Berita Hiburan Berita Harian, yang juga selaku Pengarah ABPBH-33, Encik Shamsul Azree Samshir. Namun, tiada maklum balas yang diterima.
3. Menyedari bahawa permohonan untuk pertemuan tersebut tidak dilayan, kita telah mengambil tindakan terus mengajukan bantahan ini kepada pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia.
4. Pertemuan berjaya diadakan dengan Pegawai Tugas Khas yang mewakili YB Menteri, Encik Muhammad Iqbal Mahasim. Pertemuan tersebut diwakili juga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH). Satu memorandum telah diserahkan dan pihak Pegawai Tugas Khas tersebut memberi jaminan untuk disampaikan bantahan ini kepada pihak penganjur.
5. Dalam masa yang sama, kita juga telah berhubung dengan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan kita difahamkan bahawa hasrat ini juga telah disampaikan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
6. Dewan Pemuda PAS konsisten membantah apa juga acara hiburan yang melanggar syariat Islam dan tambahan pula sangat tidak wajar dikala dunia dihimpit dengan ujian besar pandemik Covid19.

Comments
Post a Comment