KEUPAYAAN pentadbiran kerajaan PAS Negeri Terengganu
membayar hutang tertunggak yang ditinggalkan pentadbiran Barisan Nasional yang
lepas membuktikan PAS mampu mentadbir dan mengurus ekonomi dengan lebih baik
dan efektif. Perkara begini berlaku dimana pentadbiran dahulu ada meninggalkan
sejumlah hutang yang agak besar kepada kerajaan pusat dan ini membebankan
rakyat untuk membuat pembayaran balik pada masa hadapan.
Kita perlu akui, pengurusan dan pentadbiran kewangan secara berhemah yang diamalkan kerajaan negeri merupakan pembaharuan yang perlu diteladani dalam memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan. Pengurangan hutang secara mendadak, sudah tentu menghasilkan penjimatan kepada rakyat dan mengurangkan beban hutang rakyat kepada kerajaan persekutuan.
Kita melihat, buat apa jadi kerajaan kalau hanya pandai melonggokkan hutang. Malangnya nasib rakyat Terengganu dahulu kerana setiap rakyatnya menanggung hutang sebegini rupa. Apa maknanya mempunyai bangunan yang tinggi menjulang, tapi berhutang sana sini. Lebih baik negeri dianggap mundur kerana kurang pembangunan tetapi hutang sedikit ataupun tiada. Itu lebih maju sebenarnya!!!

Comments
Post a Comment