SABTU 14 November, 2020 - PENAHANAN dan pendakwaan dibuat ke atas seorang aktivis pelajar membuktikan wujud keperluan mendesak bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk melindungi rakyat daripada salah guna kuasa polis, kata wakil rakyat DAP, hari ini.
Ahli Parlimen
Beruas Ngeh Koo Ham juga menggesa polis untuk mengugurkan kes ke atas Wong Yang
Ke, yang didakwa semalam kerana tidak mematuhi arahan polis supaya berhenti
merakam serbuan dibuat mereka.
Bekas presiden
Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) itu merakamkan serbuan dibuat
polis dan menyiarkannya secara langsung di Facebook pada 7 November lepas.
“Merakaman
(menyiarkan) secara langsung sebuah acara di Facebook bukanlah satu kesalahan
di bawah mana-mana undang di Malaysia,” kata Ngeh, yang juga menggesa tindakan
displin ke atas pegawai polis yang menafikan hak Wong untuk merekodkan serbuan
itu.
“Seorang warga
berhak untuk (melakukan) pembelaan persendirian ke atas mana-nama kesalahan
yang dibimbanginya dibuat seorang pegawai polis. Arahan pegawai polis
menghendaki Wong menghentikan rakaman adalah salah guna kuasa.”
Ngeh berkata
rakaman itu adalah bukti penting ketika jenayah dibuat, menambah yang tindakan
pegawai polis ke atas Wong sehingga menyebabkan pendakwaan di mahkamah
menunjukkan keangkuhan polis, sikap berdendam dan salah guna kuasa.
“Hakikatnya
yang Suruhnjaya Pasukan Polis, badan tertinggi dalam pasukan polis membenarkan
Wong untuk didakwa di mahkamah menunjukkan kita tidak mempercayai polis untuk
melakukan kawalan kendiri,” kata Ngeh.
Beliau juga
menyifatkan cadangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tingkah Laku Polis
(IPCC)) 2020 untuk menggantikan IPCMC sebagai “langsung tidak boleh diterima”.
“IPCC tidak ada
kuasa kerana ia merujuk semua isu tata tertib polis kembali kepada pasukan
polis. IPCC adalah versi sangat longgar IPCMC.”

Comments
Post a Comment