Menteri PAS Bebas daripadaTuduhan Langgar Kuarantin yang disensasikan oleh DAP

 


Saya merafak syukur kepada Allah di atas pengumuman oleh pihak berwajib bahawa YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah bebas dan tidak pun melakukan sebarang kesalahan melanggar perintah kuarantin sepertimana dakwaan musuh politik beliau sebelum ini.
Di atas kekhilafan dalam isu kuarantin selepas pulang dari luar negara, Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang dakwaan ke atas Menteri disebabkan kekurangan bukti dan sekaligus gagal memenuhi beban pembuktian yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang.
Adalah amat jelas, tiada arahan dikeluarkan kepada beliau untuk melaksanakan kuarantin diri pada bila-bila masapun sebaik beliau pulang dari luar negara.
Oleh kerana beliau, sebaik isu ini dipanaskan sebelum ini, telahpun memohon maaf secara terbuka, berbesar hati mengaku bersalah 'secara sukarela' bagi menutup kekhilafan oleh pihak lain, membayar kompaun maksimum yang dikenakan ke atasnya dan secara sukarela juga memotong gajinya selama 3 bulan, maka adalah amat elok untuk kita bersama-sama menerima keputusan Peguam Negara hari ini dengan penuh lapang dada.
Terima kasih juga harus saya ucapkan kepada pihak pembangkang PH yang telah membuat aduan demi aduan kepada pihak polis agar YB Dato' Dr Mohd Khairuddin disiasat demi ketelusan dan integriti. Walaupun keputusan hari ini amat tidak memihak serta menggagalkan pihak pembangkang untuk terus memanaskan isu ini, tetapi nyata kebenaran telah diangkat dan diletakkan pada tempatnya yang mulia.
Justeru saya fikir, sementara kebenaran yang dinantikan ini dirayakan oleh pencintanya, pihak pembangkang bolehlah bergerak kepada isu-isu lain yang lebih bertenaga untuk menarik undi rakyat kepada mereka.
Banyak lagi isu boleh dimainkan. Lagipun politik negara kan tak berapa stabil sekarang? PH pun dah memang terkenal mampu menjadikan seekor nyamuk sebagai seekor gajah. So go on..
Apapun mari kita bersatu menangani pandemik Covid-19 yang masih melanda negara. Patuhi dan amalkan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua insya Allah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Comments