Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk pergi ke Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 13 Oktober 2020, jam 9.00 pagi, bersabit dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat tehadapnya, di mana beliau mendakwa bahawa ahli-ahli parlimen Umno memberi sokongan terhadap beliau sebagai PM yang kesembilan.
(MG) Sebelum ini, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan namanya termasuk dalam senarai Ahli-ahli Parlimen dari UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau membuat laporan itu bagi membersihkan namanya daripada dituduh sebagai pengkhianat oleh parti, selepas Anwar mengeluarkan kenyataan beliau kini mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Comments
Post a Comment