Ini perspektif saya. Bukan jawapan daripada pihak kerajaan. Jadi ia menjadi sudut pandang peribadi atas dasar pemerhatian. Pemerhatian ini juga berdasarkan apa yang sempat didiskusikan bersama sebahagian kakitangan GLC yang sudah sekian lama berkhidmat.
Urustadbir GLC sebenarnya perlu dilihat secara bersama dengan prestasi sebelum. Tidak banyak syarikat GLC yang benar-benar berdaya saing dan meraih keuntungan yang luar biasa di awal pengambilalihan kerajaan oleh PAS. Sebagai ketua kerajaan, tentu sekali YAB Menteri Besar inginkan perubahan dalam tatakelola pengurusan sesebuah syarikat. Ia perlu disegerakan dan beberapa individu yang berkepakaran dalam dunia korporat direkrut segera untuk memperkukuhkan kembali sesebuah syarikat. Sebelum ini pun, ada pemegang jawatan yang sedia sibuk dalam tugasan pentadbiran kerajaan dan memegang banyak Pengerusi syarikat. Kalau diperhalusi, pegawai kanan yang sibuknya dalam pentadbiran kerajaan cukup banyak bagaimana pula ruang untuk mengurus syarikat GLC. Ini contoh.
Nama-nama yang disebut oleh wakil Kijal itu mereka yang sudah terlibat dalam dunia korporat. Mungkin misi yang ditetapkan untuk mereka memulihkan dahulu syarikat yang ada. Malah ada yang pernah berpengalaman memacu syarikat yang sama dan meraih keuntungan dengan baik. Contohnya YM Dato’ Haji Raja Idris Raja Kamaruddin yang memacu TDM. Dilihat dalam senarai yang dibacakan kebanyakan syarikat yang kritikal atau perlu diberi perhatian. Sebagai contoh beban pelaburan perladangan di Kalimantan di bawah TDM sebelum ini. Ini juga contoh.
YM Dato’ Raja Idris pernah menjadi Head of Company (HOC) sebagai CEO pada zaman pemerintahan PAS sebelum ini. Waktu itu, TDM berjaya meraih keuntungan yang sangat lumayan.
Ada juga dakwaan terhadap Haji Mazli yang telah ditolak oleh Kelantan. Semakan dengan pihak yang dipercayai dari kerajaan negeri Kelantan, beliau bukannya dibuang tetapi beliau sendiri berhasrat untuk berkhidmat dalam tempoh tertentu sahaja di Kelantan. Dakwaan ini pun bersifat ‘hearsay’. Individu ini juga tidak asing berkhidmat di Terengganu semenjak 1997 dalam industri minyak dan gas sebagai seorang jurutera. Malah isteri beliau juga berasal dari Terengganu.
Seorang lagi Encik Burhanuddin. Ini anak jati Terengganu. Pernah memegang jawatan sebagai CFO di beberapa buah syarikat ternama. Malah pernah terlibat secara langsung berkhidmat dalam industri perhotelan di United Kingdom.
Kalau diperhalusi lagi, setelah PAS mengambil alih kerajaan negeri, kebanyakan Head of Company (HOC) dikekalkan menjawat jawatan. Ia tidak dirombak semberono. Malah diberikan kepercayaan untuk urustadbir syarikat dengan lebih berkesan.
Lumayankah pendapatan seseorang, saya kurang pasti kerana lazimnya soal gaji atau elaun merupakan perkara yang dikategorikan sebagai P&C. Melainkan pendapatan ahli politik yang seringkali didedahkan. Sekaligus, tentu kita akan tertanya-tanya betapa terbukanya kerajaan Terengganu dalam mengekalkan ‘orang-orang penting’ dalam pentadbiran GLC sehingga sedetail itu maklumat diperolehi. Itu jika benar segala dakwaan yang dibacakan wakil Kijal. Jika tiada pembekal maklumat tentunya ia hanya rekaan semata-mata.

Kalau mahu bersikap adil, laporan syarikat berkenaan sekitar tahun 2017 dan 2018, perlu dibaca secara bersama. Ada yang bagus dan prestasinya membanggakan. Tapi banyak juga yang kurang membanggakan.
Tapi saya percaya, YAB Menteri Besar akan memberikan perhatian dan pastinya asas tindakan akan dipertimbangkan beliau untuk melihat semua syarikat terus berdaya saing. Seringkali YAB Menteri Besar nasihatkan kami, usah lihat ke belakang sangat. Terus pandang ke depan, cabaran kita cukup banyak. Dedah sana sini tiada untungnya melainkan kita pastikan tiada kepentingan rakyat yang tergendala. Nasihat YAB Menteri Besar, tanggungjawab membangunkan gagasan Tuan Guru dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera mesti diusahakan oleh kita untuk diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan.
Semoga kritikan YB Kijal akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan menjadi salah satu bentuk ‘check and balance’ buat kerajaan.
Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
ADUN Tepuh

Comments
Post a Comment