Dua hari ini kecoh di media berkaitan seorang menteri yang dikatakan tidak mematuhi arahan kuarantin selepaa pulang dari luar negara atas urusan rasmi.
Berbagai-bagai tohmahan dan kata berbaur penghinaan di media sosial sehinggakan seperti hilang nilai peradaban yang selama ini menaikkan martabat dan budaya orang Melayu.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenapa dia tidak kuarantin, apa tujuan lawatan beliau ke sana dan pelbagai lagi.
Biarlah perkara tersebut orang lain yang selayaknya bicarakan tetapi bagi saya sebagai orang yang berasal dari kampung dan keluarga saya juga salah seorang pekebun kecil segala usaha beliau sangat luar biasa.
Dia diasak dari pelbagai penjuru apabila dia menyebutkan berkaitan usahanya menaikkan industri buluh. Tetapi pasukannya terus komited turun ke lapangan bertemu peladang dan pekebun kecil.
Tidak pernah menghentikan usahanya membantu rakyat walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran. Bila berhadapan dengan media masih lagi senyum dan memberikan respon yang baik kepada rakyat.
Dia masuk ke ladang, turun ke kilang pemprosesan, masuk ke kebun, berhadapan dengan keluhan rakyat dia terus komited laksanakan tugasan sebaiknya.
Kebetulan semalam saya berkesempatan berada di sidang media beliau apabila ditanyakan soalan berkaitan isu kuarantin yang berlegar dengan nada tenang beliau menjawab "Akur Kepada KKM".
Tidak melenting bagi respon, tidak marah kepada yang bertanya bahkan jelas terlihat beliau faham situasi berlaku.
Bagi saya selaku mengenalinya hanya dari jauh saya gembira dia berani nyatakan keakurannya kepada pihak lebih berautoriti.
Sekadar Pandangan Sisi
Dr Haris Zulkiflli

Comments
Post a Comment