DAP KEMPEN TUKAR PARTI

 

KISAH Lim Guan Eng, tidak perlu saya ulas. Surat khabar dan media sosial sudah beri liputan yg cukup.
Saya cuma nak tulis isu kempen sertai DAP seperti gambar ini, khusus utk org2 Melayu.

Memang ramai gadis2 Melayu, yg berminat dengan gambaran luaran yg DAP pamirkan.Tidak hairan, gadis Melayu graduan dari UiTM pun khabarnya cukup berminat nak masuk DAP.

Biasanya, mereka masuk DAP sementara belum bertemu jodoh. Selepas berkahwin nanti, mungkin mereka menyepi dan tidak mahu aktif lagi.

Masuk DAP ni, mungkin mereka rasa “antarabangsa” sikit berbanding dengan masuk Bersatu, PAS atau Umno.

Nak masuk Umno, mereka tak larat dengan “kebaya dan baju kurung” selain bertudung. Nak masuk PAS lebih lagi, nak berjubah dan tudung labuh. Begitu juga kalau masuk PPBM. Jadi, masuk DAP, bab itu, mereka terasa “tiada tekanan” / bebas.

Biasanya DAP akan jadikan gadis2 ini sebagai umpan menarik perhatian gadis2 di luar sana. Saya dah lama mengikuti perkembangan DAP ini. Memang ada org Melayu yg masuk sampai habis nyawa bersama DAP. Barangkali, jiwa mereka bersesuaian dengan perjuangan DAP.

Nama2 yg saya masih ingat ialah Ahmad Nor, Ahmad Ton, Wan ji, Fadzlan Yahya dan Dharmala NS. Semua mereka ini diberikan jawatan dlm DAP. Bukan jawatan penting, tetapi jawatan2 yg kena buat kerja, utk menarik perhatian.* Seolah2, DAP ni tidak meminggirkan peranan org Melayu. Hakikatnya, itu hanya topeng. Walaupun peranan topeng itu mustahak ketika PKP, tetapi, topeng yg DAP sediakan ini tidak lebih sebagai sandiwara. Saya nak ingatkan gadis2 Melayu, yang lelaki, tak apa....Kalau betul2 nak aktif berpolitik, carilah parti yg ada “DNA” Melayu.

Sekurang2nya, tanahair yg tok nenek kita wariskan kpd kita ini, dpt kita pertahankan, atas semangat tok nenek kita.Tak apalah kalau tidak pegang jawatan, tidak dpt tempat atau tidak dipedulikan, kita masuk politik bukan tujuan itu, tetapi utk kesinambungan perjuangan tok nenek kita. Kalau tok nenek kita masih hidup, mereka pasti berbangga dengan sikap kita.

Janganlah kita hancurkan harapan mereka.Tiada sejarah DAP terlibat dlm menuntut kemerdekaan. Yg menuntut kemerdekaan ialah tok nenek kita. Maka, kita bertanggungjawab mempertahankan maruah tanahair ini dengan penglibatan kita dlm parti yg DNA nya Melayu/Islam.

Sama ada kita suka atau tidak, ada juga org2 Melayu dlm Umno yg jiwanya mcm jiwa dan mcm perjuangan DAP. Itu segelintir sahaja. Ketika Umno sedang berusaha utk rapat dengan PAS, ada juga pemimpin Umno masih berada di pusat2 hiburan, karaoke dan dangdut mcm zaman2 jahiliyah. Usah pedulilah itu. Lagipun, parti yg nak kita sertai ini ahli2nya adalah manusia, bukan malaikat.

Cuma, saya nak pesan kpd anak cucu saya (bukan anak cucu pembaca), jgn terlibat dengan DAP. Malahan, kalau boleh jauhi DAP sama sekali. Org2 DAP, walaupun mereka bersuara lunak, berhemah tinggi & pandai menarik perhatian, susur galur perjuangan mereka berbeza dengan perjuangan parti2 Melayu. Jauh ke perbezaannya? Senang saya cakap mcm ni lah.... perbezaan parti ini dengan parti lain mcm berbezanya siang dengan malam.

Boleh faham bukan? Saya ambil contoh bila mereka (DAP) bersikap anti tulisan Jawi, maknanya (ini terjemahan umum) mereka anti Melayu dan anti Islam. Saya boleh bincang panjang lagi isu anti tulisan Jawi ini, tetapi biarlah saya sentuh sekali lalu sahaja.

Jesteru, saya mengajak org2 Melayu, sama ada yg suka Umno dan benci PPBM, seperti seruan beberapa org pemimpin Umno yg kalah pilihan raya, jauhi DAP. Yg benci Umno dan benci PPBM pun, jgn sesekali memilih DAP sebagai wadah perjuangan.*Anak didik DAP, ialah Amanah... pun, seboleh-bolehnya, jauhilah.!!!

Org2 DAP, kalau mereka muncul bawa kurma nak bagi kat org Melayu, itu bererti mereka pasang keyakinan, dengan modal yg murah, mereka dpt membeli hati org Melayu. Ingat yer, kalau sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan!!!

Cukup dulu setakat ini. Esok saya tulis lagi. Itu pun kalau saya tidak sibuk. Sekarang, kesibukan bertambah... ramai sangat yg call ajak jumpa.

FB: Daud Ibrahim (mantan wartawan)

Comments