Semasa debat ada beberapa soalan penting yang tak mampu dijawab oleh Mujahid lalu seperti biasa dia konar sana sini untuk elak dari dimalukan.
Antara soalan cepumas yang tak boleh dijawab:
1. Kenapa tiada laporan kewangan dari tahun 2018 dan 2019.
2. Kenapa syarikat modal RM1 di beri kelebihan ambil alih aset bernilai hampir RM10 billion untuk diuruskan.
3. Kenapa TH hanya dapat RM196 juta sahaja dari jumlah RM19 billion yang dijanjikan dibayar kepada TH dalam tempoh 10 tahun selepas penerbitan sukuk.
4. Mujahid gagal membentangkan fakta tenrang fitnah beliau yang mengatakan TH rugi pada tahun 2016/2017 dengan laporan yang diaudit oleh Price Waterhouse, sedangkan Aziz berjaya bawa bukti Tabung Haji untung dan disahkan oleh jabatan Audit Negara dan Ernest n Yong. Mujahid hanya buat tuduhan tanpa bukti.
5. Mujahid akui aset yang dijual sebenarnya untung sebanyak 1%++ tapi dianggap rugi kerana tak capai standard 3.5% sedangkan ladang baru beroperasi tak sampai 5 tahun.
6. Mujahid akui nilai saham semasa jualan aset-aset adalah rendah di BSKL dan menjangkakan ianya akan terus susut. Sedangkan adat melabur mesti ada naik turun saham. Membuktikan juga pembelian saham sangat berisiko kepada TH, tapi dalam masa sama kekalkan portfilio dalam BSKL tapi menjual aset yang tidak dipengaruhi bursa malah di kawal oleh TH sendiri seperti hotel-hotel dan ladang.
7. Mujahid mengelak untuk menjawab tentang penjualan saham bluechip TNB dengan alasan ianya mengangggu proses mahkamah dan alasan ianya diputuskan oleh lembaga pengarah seolah menteri tiada kuasa menghalang penjualan tersebut.
8. Mujahid gagal menjawab drngan munasabah kenapa aset mudah alih hotel dijual serendah RM10k sahaja. Dan melepaskan hak beli semula untuk dikawal oleh kementerian kewangan.
9. Keuntungan TH seolah digambarkan oleh Mujahid diperolehi hasil penjualan aset bukan disebabkan kebijakan mengurus, kerana penjualan besar-besaran aset TH diakui berlaku semasa PH memerintah.
Johorborn
15 Ogos 2020
Comments
Post a Comment