First, makcik gelang pink dan pakcik kluster Sivagangga kena denda. Denda ni korang kena rujuk pada Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Denda ni HANYA AKAN DIKENAKAN selepas tertuduh didakwa di Mahkamah, mengaku/disabitkan kesalahan dan ditetapkan oleh Hakim. Oh denda ni tiada had naksimum, atas Hakim sepenuhnya untuk tetapkan.
Menteri pula? Dia bukan kena denda, dia kena kompaun. Kompaun ni kena rujuk pada Seksyen 25. Beza kompaun dengan denda adalah, tidak perlu didakwa di Mahkamah untuk kenakan kompaun, dan kuasa mengkompaun adalah terletak di bawah KP Kesihatan. Maksimum kompaun adalah RM1,000, tidak boleh lebih.
Nak faham beza kompaun dengan denda ni macamni je. Contoh kau kena saman trafik. Dalam saman tu ada tulis kesalahan boleh dikompaun. So kau bayar saman tu terus. Itulah kompaun, sebabtu boleh buat potongan/diskaun sampai 50% sebab dia kompaun dan atas Polis untuk tentukan jumlah bayaran kompaun. Kalau dia tulis kesalahan tak boleh dikompaun, kau kena tunggu Mahkamah panggil, masuk kandang bicara, baca pertuduhan, mengaku lepastu Majistret jatuhkan hukuman denda RM 300. Ya itu namanya denda. Kalau nak kurang, kau kena minta kat Majistret tu sebab dia yang ada kuasa tentukan jumlah denda, bukan Polis.
Kenapa Menteri tak kena dakwa macam makcik gelang pink atau pakcik Sivagangga? Yang itu kena tanya DPP/KP Kesihatan lah. Mana abang tahu. Abang kan cuma ikan.
Khalas!

Comments
Post a Comment